Thursday 12 June 2014

Piala dunia bermula!

Assalamualaikum.
Eh pagi tadi ada game bola brazil lawan croatia kan? Sat ja masa berlalu. Dah mula pun world cup. Hampa pilih team mana? Nur pilih italy. Dari dulu lagi minat italy. Awat tatau! Haha. Dulu ada fabio cannavaro (lelaki berdada burung) handsome yaw! Ada filipo inzaghi, pirlo, alessandro nesta, buffon, tah ka sapa sapa lagi tah. Lupa dah. Masa nur tengok dulu tahun 1998 n brazil kalah dengan perancis. Masa tu sedih sebab ingatkan brazil menang. Kalah 0 3 pulak tu. So perancis memang hebat la.
Masuk pulak tahun 2002 piala dunia berlangsung kat korea n japan. Haaaa masa tu pengadil gila kentang memang nampak sangat bias! Team mana ja yang lawan korea mesti ada ja kad merah untuk depa. Dan salah satu team yang lawan korea masa suku akhir adalah italy lah! Francisco Totty tau dak kena red card. How dissapointed nur masa tu. Geram dekat referee. Haha. Apalah. Takda kena mengena dengan nur pun. Ok bila game semua kat korea n japan jadi waktu siaran semuanya kita boleh tgk tanpa kunci jam pun.
Pengalaman nur kunci jam masa world cup 2006. Yes my team was won that cup! Azzuri! Happy gilos. I was remembered that I saw the game at university you alls. Masa tu baru sedar bukan aku ja perempuan yang minat bola. Ramai lagi kat luar sana. Hehe
Pesanan nur untuk kawan kawan yang nak tonton bola tu, boleh nak tengok tapi seimbangkan la waktu ibadah kita tu. Dah mangkit pagi pagi kul3 tu buatla solat tahajud ka apa kn. Allah pun sayang.
Ok? Dah jangan lupa lak p kerja na. Bola bola jugak. Kewajipan kena buat. Ok selamat menonton piala dunia!
Have fun
Sid shaklee
Cod shaklee
0197745434 =)

Sunday 8 June 2014

Pertama kali

Assalamualaikum. Lemau di pagi isnin ni. Almaklumlah baru balik dari kepulauan borneo..haha
Tahniah untuk adik nur, mohd nabil bin che adenan di atas pernikahan beliau bersama wanita pilihan dia zurieydah binti abdullah. Semoga bahagia dan sentiasa dalam rahmatNYA. Amin.
Pertama kali nur naik kapal terbang. Macam kolot ja nak cerita kat sini.haha. pengalaman yang sangat indah sebab nampak awan dengan dekat. Indahnya ciptaan Yang Maha Esa =)
Memang sangat letih tapi badan masih bertenaga dengan Shaklee. Yeay =)
Macam biasa sapa yang nak cod shaklee boleh contact nur 0197745434. Jangan risau anda akan dilayan secepat mungkin.
Pssssttt.. kat sana orang sarawak cakap nur adik kepada nabil. Suka ok! Sebab kita nampak muda..haha. ok bai
Assalamulaikum

Friday 6 June 2014

Tenaga booster serta kulit cantik hanya ber shaklee

Assalam you alls. Harini just nak kongsi dengan semua yang artis malaysia pun bershaklee untuk maintainkan tenaga depa. Bangga mak jemah tau.
Ok untuk dapatkan tenaga kepada orang yang selalu letih vitalea mampu memberikan tenaga dengan membekalkan vitamin dan zat yang badan kita perlukan.
Kalau orang mengandungkan doktor ada bagi obimin. Fungsinya sama dengan vitalea. So sesapa yang dah ada vitalea xperlu obimin lagi ya =)
1 lagi produk shaklee yang sangat hot semestinya ESP. Energizing Soy Protein. Mampu menggebukan kulit anda, mqmpu memberikan tenaga sebab bila minum ESP perut rasa kenyang! Betul tau sebab pengalaman sndiri. Rasanya 1 malaysia dah try ESP. HOT PRODUCT!
Yang macam kak rita makan tu vivix dan omega. Of course vivix ada tonik terbaik. Sesuai utk golongan yg berumur. Opss nur tak cakap kak rita berumur. Tp tengok tenaga dia? It was so amazing.
Ok do p.m me utk cod merbok s.p yan.
0197745434

Monday 2 June 2014

Cerita semalam

Assalam semua.semalam tak sempat nak update blog. Seharian berjalan. Nur p jitra. Lawat kawan kawan dengan baby baru..alahai comel sangat.
Dan pada hari yang sama jugak nur terpele'ot! Haha..orang kedah ja tau..opsss..ok.. comel sangat baby.. tu gambar nur dengan baby kawan nur. Nama baby tu aufa hannah. Comel kan nama tu. Hehe. InsyaAllah nur akan menyusul. Doakan ye kawan2. Harini nur nak p airport penang. Lusa nak terbang ke sarawak pulak.
Aduhai kuat kan nur berjalan.hehe. ok guys taking care!
Cod shaklee area merbok sungai petani yan.pos ke seluruh malaysia.ok?
P.m 0197745434 =)

Monday 20 January 2014

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.cleanmaster.mguard

Friday 20 September 2013

INFO DEMAM CAMPAK

Salam teman teman. Pernah kena demam campak?? Demam campak ni perkara biasa. Nak tahu saya kena demam campak 3 kali!  yes tiga kali....Campak kecil dua kali dan campak besar sekali. Ok jom kita kenal sedikit info mengenai demam capak.


Tanda-tanda demam campak ialah antara 10 hingga 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkan tanda dan gejala demam campak seperti:
1. Demam tinggi
2. Batuk, selesema dan sakit tekak
3. Mata berair dan sensitif kepada cahaya
4. Sakit otot

Ia mudah berjangkit kepada kanak-kanak kecil bawah 10 tahun. Kanak-kanak berasa tidak selesa apabila mengidap campak. Anak anda mungkin hendak berada di katilnya ketika suhu badannya tinggi.

INFO CAMPAK

Campak ialah penyakit yang sangat mudah berjangkit yang menyebabkan ruam, demam dan batuk. Ia adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Bagaimanapun kebanyakkan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (imun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan.

BAGAIMANA JANGKITAN AWAL

Hari pertama iaitu tanda-tanda awal bayi didapati demam meragam, letih lesu disertai dengan selsema, batuk, mata berair dan merah. Juga terdapatnya bintik putih yang dikelilingi warna merah di bahagian dalam mulut kanak-kanak.

BERTINDAK SEGERA

Adakah dia demam? Suhu badan mungkin boleh mencapai 40 darjah celcius. Pada peringkat awal suhu badan kanak-kanak tinggi, batuk teruk dan kadangkala kanak-kanak ini juga mengalami cirit-birit, muntah ataupun susah kencing. Jika suhu badan terlalu tinggi, ini akan disertai oleh demam sawan. Sentiasa lap badan untuk menyejukkan badannya.

Bawa anak berjumpa doktor. Juga sentiasa periksa suhu badan anak anda. Sekurang-kurangnya dua kali sehari. Dan setiap lima atau enam jam apabila demamnya tinggi. Sentiasa berada di sisinya.

Berikan dia minum air banyak supaya demam cepat turun dan air serta zat besi yang hilang akibat muntah dan cirit-birit mendapat gantian. Pastikan suhu badan turun dengan lap badan anak dengan air sejuk. Pakaikan dia pakaian yang nipis. Asingkan kanak-kanak ini dari anak-anak yang lain.

Bila Demam Kebah?

Pada hari keempat demam mula turun dan kira-kira pada hari kelima ruam mula timbul dari kepala turun ke tangan, badan dan kaki. Enam atau tujuh hari selepas ruam campak keluar barulah ruam campak yang halus dan bertompok-tompok merah mula menghilang.

Adakah Ada Komplikasi Sampingan?

Ya. Taraf kesihatan dan pemakanan rendah anak yang diserang campak itu mudah diserang komplikasi sampingan seperti jangkitan telinga, jangkitan paru-paru, jangkitan otak dan lain-lain, maka lambatlah mereka sembuh.

Bolehkah demam campak dicegah?

Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan imunisasi MMR (measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun. MMR adalah vaksin yang selamat. Sekiranya anda terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau petugas kesihatan

Kenapa perlu rawatan segera?

*Segera dapatkan rawatan di pusat kesihatan berdekatan. Jika tidak menerima rawatan seperti ubat antibiotik, keadaan boleh bertambah teruk. Namun, ubat antibiotik bukan semata-mata untuk merawat penyakit tetapi juga untuk mengelakkan dari komplikasi atau jangkitan sampingan yang mungkin menyerang.

*Jika tiada sebarang rawatan diberikan ia boleh membawa maut. Maut boleh berlaku tiga atau empat hari selepas jangkitan paru-paru dan jangkitan ini boleh berlaku selepas ruam campak hilang.

*Juga seminggu atau dua selepas campak sembuh tiba-tiba si pesakit menunjukkan tanda-tanda sistem urat sarafnya terganggu. Malah ada juga kanak-kanak tidak sedarkan diri buat beberapa minggu atau kadangkala mengakibatkan lumpuh. Bagaimana 60 hingga 70 peratus daripada kanak-kanak yang diserang campak sembuh sementara 10 peratus lagi diserang komplikasi di samping demam campak

KREDIT   https://www.facebook.com/Piicm.Malaysia


Wednesday 11 September 2013

BUASIR? APA TUUUUU.TAMATKAN RIWAYAT BUASIR SEKARANG!

Salam. Semua pernah dengar kan apa tu buasir?
KREDIT http://www.hmetro.com.my/articles/Rawatanbuasir/Article

Masalah buasir pada golongan dewasa adalah perkara biasa, namun tidak ramai yang sanggup bercerita mengenai masalah pembuangan air besar dialami disebabkan ia berkaitan dengan bahagian sulit.
Bagaimanapun, apabila ada antara rakan yang sudah menjalankan rawatan ataupun pembedahan untuk menanganinya barulah ada yang berani membuka mulut dan mengakui mereka juga turut mengalaminya.
Masalah ini sudah berlaku sejak dulu lagi, tetapi kini ia makin kerap diperkatakan disebabkan perubahan gaya hidup.

Menurut Perunding Pakar Bedah Laparoskopik dan Kolorektum, Pusat Perubatan Prince Court (PCMC), Datuk Dr Yunus Gul Alif Gul, masalah buasir yang berlaku di peringkat awal tidak menyebabkan rasa sakit.
FotoDR YUNUS menunjukkan antara alat digunakan untuk merawat buasir.

Namun, lebihan buasir yang terkeluar dari dubur akan dapat dirasai ketika individu berkenaan membersihkan dubur.

“Biasanya individu yang ada masalah buasir akan mengalami gejala pendarahan, tetapi ada juga yang tidak berhadapan dengan sebarang masalah.

“Sekiranya pendarahan dialami berlarutan, dapatkan rawatan awal bagi mengesan masalah sebenar untuk mengelakkan mudarat pada kemudian hari nanti,” katanya.


Apa itu buasir?

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada salur darah vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia meng­ganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah.

Buasir terjadi disebab­kan tekanan dalam darah di bahagian rektum terlalu tinggi, menyebabkan dinding vena meregang atau ‘memberi’ dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya ketika meneran apabila membuang air besar.

Kewujudan tisu buasir adalah satu komponen normal dalam anatomi badan manusia. Ia bertindak sebagai ‘kusyen’ yang kaya dengan saluran darah di dubur dan menjadi ‘pelapik termampat’ untuk membenarkan dubur tertutup de­ngan ketat.

Dr Yunus berkata, apabila seseorang mengalami sembelit dan cuba meneran najis yang keras di dalam kolon dengan kuat ketika membuang air besar, struktur terbabit akan membengkak.

Kemudian, ia menjadi kurang memberi dan akhirnya terjulur keluar daripada dubur bersama darah yang berwarna merah cerah yang menitis, tersembur atau meninggalkan kesan apabila dikesat dengan tisu tandas.

Walaupun pendarahan dan sembelit dilihat sebagai gejala utama buasir, namun pendarahan yang berlaku daripada dubur tidak semestinya disebabkan buasir, tetapi boleh menjadi petunjuk kepada pe­nyakit lain yang lebih serius seperti kanser kolorektal.

“Penting bagi individu berkenaan menjalani pemeriksaan di peringkat awal bagi menge­sahkan penyakit dialami dan menjalani rawatan sewajarnya.

“Tetapi biasanya pesakit lambat mendapatkan rawatan dan hanya datang berjumpa doktor selepas masalah mereka menjadi teruk,” kata­nya.

Menurutnya, antara penyebab lazim buasir ialah tidak cukup minum air dan pengambilan makanan yang kurang serat.

Selain itu, terlalu kerap mengangkat barangan berat juga menyebabkan individu berkenaan berisiko tinggi untuk mengalami buasir kerana tekanan dialami di bahagian dubur apabila melakukannya amat tinggi.

“Amalan duduk terlalu lama ketika membuang air besar juga tidak digalakkan dan kebiasaannya individu berkenaan berkemungkinan me­ngalami masalah buasir tahap tiga atau empat untuk jangka masa lama tanpa sebarang rawatan khusus.

“Jangan tahan atau bertang­guh-tangguh untuk buang air besar. Apabila ‘keinginan’ itu datang, segeralah menyahut ‘panggilan’ itu,” katanya.


Ada empat peringkat buasir yang perlu diberi perhatian:

  • Peringkat pertama membabitkan buasir yang mengalami pendarahan, tetapi ia tidak menonjol keluar.
  • Peringkat kedua berlaku apabila buasir menonjol keluar ketika buang air besar, tetapi masuk kembali dengan sendirinya.
  • Peringkat ketiga buasir keluar ketika atau selepas buang air besar dan hanya hilang (masuk kembali) apabila ditekan atau ditolak dari luar.
  • Peringkat keempat (kronik) apabila buasir sentiasa berada di luar hingga menyebabkan ketidakselesaan untuk melakukan aktiviti harian.

    “Untuk peringkat paling kronik mungkin pembedahan adalah pilihan terbaik, tetapi kini ada banyak cara boleh dilakukan untuk mengurangkan kesakitan ketika ‘menghilangkan’ buasir serta mempercepatkan penyembuhan.

    “Buasir mengambil masa yang lama untuk berkembang namun, gejalanya berbeza bergantung kepada peringkat ia berlaku,” katanya.


    Punca
  • Sembelit dan meneran berlebihan ketika buang air.
  • Pekerjaan yang membabitkan keadaan duduk atau berdiri dalam masa yang lama.
  • Obesiti, kehamilan dan proses melahirkan anak.

    Masalah ini juga berlaku disebabkan faktor gaya hidup atau tabiat pemakanan yang meningkatkan kecenderungan untuk mendapat buasir.

    Namun, ia boleh dicegah dan gejalanya dapat dikawal jika diurus pada peringkat awal. Walaupun sudah mendapat rawatan, individu berkenaan perlu mengubah gaya hidup untuk mengelakkan masalah berulang.


    Rawatan

    Antara proses rawatan yang boleh dilakukan ialah:
  • Untuk peringkat awal pemberian ubat melembutkan najis menjadi pilihan.
  • Lingkaran getah (rubber band ligation) bagi peringkat ketiga dan keempat - Bagi buasir yang tidak dapat disembuhkan dengan rawatan konservatif, rawatan standard boleh dijalankan iaitu mengikat de­ngan lingkaran getah (rubber band ligation).

    Satu atau dua lingkaran getah diikat di sekeliling pangkal buasir. Ini akan menyekat peredaran darah ke buasir berkenaan. Ikatan lingkaran getah ini hanya digunakan untuk buasir dalaman saja. Ia dilakukan tanpa menggunakan ubat bius dan tidak menimbulkan kesakitan.
  • Ligasi Arteri Hemoroid (Haemorrhoidal Artery Ligation) - Kaedah ini menggunakan alat yang dikenali sebagai ultrabunyi Doppler bagi mengikat atau jahit saluran darah untuk mengurangkan tekanan pada bahagian berkenaan. Alat ini akan dimasukkan ke dalam dubur dan prosesnya membabitkan bahagian dalam anus yang kurang sensitif.
  • Menggunakan laser - Jarum laser akan dimasukkan dalam buasir yang terkeluar dan proses ini menyebab­kannya mengecut. Buasir mengambil masa dua hingga empat minggu untuk kecut sepenuhnya.


    Panduan mengelak buasir.
  • Minum air sekurang-kurangnya 1.5 hingga dua liter sehari.
  • Kurangkan pengambilan daging merah kerana boleh menyebabkan sembelit.
  • Makan makanan seimbang dengan mengambil makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Kurangkan menikmati makanan segera. Jika makan di luar rumah pilih makanan yang mengandungi serat tinggi dan segar.
  • Elakkan memakan makanan yang boleh me­nyebabkan gangguan pada proses pembuangan air seperti makanan pedas atau berempah.
  • Apabila terdapat gejala tertentu seperti darah dalam najis, sakit atau gangguan pada dubur segeralah berjumpa doktor dan jangan tunggu hingga ia melarat. 
  •  
  • Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai SHAKLEE? Boleh p.m untuk maklumat lanjut. Jangan risau sy tak sombong pun tau =)