Salam teman teman. Pernah kena demam campak?? Demam campak ni perkara biasa. Nak tahu saya kena demam campak 3 kali! yes tiga kali....Campak kecil dua kali dan campak besar sekali. Ok jom kita kenal sedikit info mengenai demam capak.
Tanda-tanda demam campak ialah antara 10 hingga 12 hari selepas
dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkan tanda dan gejala demam
campak seperti:
1. Demam tinggi
2. Batuk, selesema dan sakit tekak
3. Mata berair dan sensitif kepada cahaya
4. Sakit otot
Ia mudah berjangkit kepada kanak-kanak kecil bawah 10 tahun.
Kanak-kanak berasa tidak selesa apabila mengidap campak. Anak anda
mungkin hendak berada di katilnya ketika suhu badannya tinggi.
INFO CAMPAK
Campak ialah penyakit yang sangat mudah berjangkit yang menyebabkan
ruam, demam dan batuk. Ia adalah jangkitan akut pada kanak-kanak
disebabkan virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala
jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini
sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari
mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Bagaimanapun
kebanyakkan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (imun) pada penyakit ini
sejak adanya program campak kebangsaan.
BAGAIMANA JANGKITAN AWAL
Hari pertama iaitu tanda-tanda awal bayi didapati demam meragam, letih
lesu disertai dengan selsema, batuk, mata berair dan merah. Juga
terdapatnya bintik putih yang dikelilingi warna merah di bahagian dalam
mulut kanak-kanak.
BERTINDAK SEGERA
Adakah dia demam?
Suhu badan mungkin boleh mencapai 40 darjah celcius. Pada peringkat awal
suhu badan kanak-kanak tinggi, batuk teruk dan kadangkala kanak-kanak
ini juga mengalami cirit-birit, muntah ataupun susah kencing. Jika suhu
badan terlalu tinggi, ini akan disertai oleh demam sawan. Sentiasa lap
badan untuk menyejukkan badannya.
Bawa anak berjumpa doktor.
Juga sentiasa periksa suhu badan anak anda. Sekurang-kurangnya dua kali
sehari. Dan setiap lima atau enam jam apabila demamnya tinggi. Sentiasa
berada di sisinya.
Berikan dia minum air banyak supaya demam
cepat turun dan air serta zat besi yang hilang akibat muntah dan
cirit-birit mendapat gantian. Pastikan suhu badan turun dengan lap badan
anak dengan air sejuk. Pakaikan dia pakaian yang nipis. Asingkan
kanak-kanak ini dari anak-anak yang lain.
Bila Demam Kebah?
Pada hari keempat demam mula turun dan kira-kira pada hari kelima ruam
mula timbul dari kepala turun ke tangan, badan dan kaki. Enam atau tujuh
hari selepas ruam campak keluar barulah ruam campak yang halus dan
bertompok-tompok merah mula menghilang.
Adakah Ada Komplikasi Sampingan?
Ya. Taraf kesihatan dan pemakanan rendah anak yang diserang campak itu
mudah diserang komplikasi sampingan seperti jangkitan telinga, jangkitan
paru-paru, jangkitan otak dan lain-lain, maka lambatlah mereka sembuh.
Bolehkah demam campak dicegah?
Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan imunisasi
MMR (measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika
berumur 7 tahun. MMR adalah vaksin yang selamat. Sekiranya anda terdedah
kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau petugas
kesihatan
Kenapa perlu rawatan segera?
*Segera
dapatkan rawatan di pusat kesihatan berdekatan. Jika tidak menerima
rawatan seperti ubat antibiotik, keadaan boleh bertambah teruk. Namun,
ubat antibiotik bukan semata-mata untuk merawat penyakit tetapi juga
untuk mengelakkan dari komplikasi atau jangkitan sampingan yang mungkin
menyerang.
*Jika tiada sebarang rawatan diberikan ia boleh
membawa maut. Maut boleh berlaku tiga atau empat hari selepas jangkitan
paru-paru dan jangkitan ini boleh berlaku selepas ruam campak hilang.
*Juga seminggu atau dua selepas campak sembuh tiba-tiba si pesakit
menunjukkan tanda-tanda sistem urat sarafnya terganggu. Malah ada juga
kanak-kanak tidak sedarkan diri buat beberapa minggu atau kadangkala
mengakibatkan lumpuh. Bagaimana 60 hingga 70 peratus daripada
kanak-kanak yang diserang campak sembuh sementara 10 peratus lagi
diserang komplikasi di samping demam campak
KREDIT https://www.facebook.com/Piicm.Malaysia
No comments:
Post a Comment