Friday 20 September 2013

INFO DEMAM CAMPAK

Salam teman teman. Pernah kena demam campak?? Demam campak ni perkara biasa. Nak tahu saya kena demam campak 3 kali!  yes tiga kali....Campak kecil dua kali dan campak besar sekali. Ok jom kita kenal sedikit info mengenai demam capak.


Tanda-tanda demam campak ialah antara 10 hingga 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkan tanda dan gejala demam campak seperti:
1. Demam tinggi
2. Batuk, selesema dan sakit tekak
3. Mata berair dan sensitif kepada cahaya
4. Sakit otot

Ia mudah berjangkit kepada kanak-kanak kecil bawah 10 tahun. Kanak-kanak berasa tidak selesa apabila mengidap campak. Anak anda mungkin hendak berada di katilnya ketika suhu badannya tinggi.

INFO CAMPAK

Campak ialah penyakit yang sangat mudah berjangkit yang menyebabkan ruam, demam dan batuk. Ia adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Bagaimanapun kebanyakkan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (imun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan.

BAGAIMANA JANGKITAN AWAL

Hari pertama iaitu tanda-tanda awal bayi didapati demam meragam, letih lesu disertai dengan selsema, batuk, mata berair dan merah. Juga terdapatnya bintik putih yang dikelilingi warna merah di bahagian dalam mulut kanak-kanak.

BERTINDAK SEGERA

Adakah dia demam? Suhu badan mungkin boleh mencapai 40 darjah celcius. Pada peringkat awal suhu badan kanak-kanak tinggi, batuk teruk dan kadangkala kanak-kanak ini juga mengalami cirit-birit, muntah ataupun susah kencing. Jika suhu badan terlalu tinggi, ini akan disertai oleh demam sawan. Sentiasa lap badan untuk menyejukkan badannya.

Bawa anak berjumpa doktor. Juga sentiasa periksa suhu badan anak anda. Sekurang-kurangnya dua kali sehari. Dan setiap lima atau enam jam apabila demamnya tinggi. Sentiasa berada di sisinya.

Berikan dia minum air banyak supaya demam cepat turun dan air serta zat besi yang hilang akibat muntah dan cirit-birit mendapat gantian. Pastikan suhu badan turun dengan lap badan anak dengan air sejuk. Pakaikan dia pakaian yang nipis. Asingkan kanak-kanak ini dari anak-anak yang lain.

Bila Demam Kebah?

Pada hari keempat demam mula turun dan kira-kira pada hari kelima ruam mula timbul dari kepala turun ke tangan, badan dan kaki. Enam atau tujuh hari selepas ruam campak keluar barulah ruam campak yang halus dan bertompok-tompok merah mula menghilang.

Adakah Ada Komplikasi Sampingan?

Ya. Taraf kesihatan dan pemakanan rendah anak yang diserang campak itu mudah diserang komplikasi sampingan seperti jangkitan telinga, jangkitan paru-paru, jangkitan otak dan lain-lain, maka lambatlah mereka sembuh.

Bolehkah demam campak dicegah?

Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan imunisasi MMR (measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun. MMR adalah vaksin yang selamat. Sekiranya anda terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau petugas kesihatan

Kenapa perlu rawatan segera?

*Segera dapatkan rawatan di pusat kesihatan berdekatan. Jika tidak menerima rawatan seperti ubat antibiotik, keadaan boleh bertambah teruk. Namun, ubat antibiotik bukan semata-mata untuk merawat penyakit tetapi juga untuk mengelakkan dari komplikasi atau jangkitan sampingan yang mungkin menyerang.

*Jika tiada sebarang rawatan diberikan ia boleh membawa maut. Maut boleh berlaku tiga atau empat hari selepas jangkitan paru-paru dan jangkitan ini boleh berlaku selepas ruam campak hilang.

*Juga seminggu atau dua selepas campak sembuh tiba-tiba si pesakit menunjukkan tanda-tanda sistem urat sarafnya terganggu. Malah ada juga kanak-kanak tidak sedarkan diri buat beberapa minggu atau kadangkala mengakibatkan lumpuh. Bagaimana 60 hingga 70 peratus daripada kanak-kanak yang diserang campak sembuh sementara 10 peratus lagi diserang komplikasi di samping demam campak

KREDIT   https://www.facebook.com/Piicm.Malaysia


Wednesday 11 September 2013

BUASIR? APA TUUUUU.TAMATKAN RIWAYAT BUASIR SEKARANG!

Salam. Semua pernah dengar kan apa tu buasir?
KREDIT http://www.hmetro.com.my/articles/Rawatanbuasir/Article

Masalah buasir pada golongan dewasa adalah perkara biasa, namun tidak ramai yang sanggup bercerita mengenai masalah pembuangan air besar dialami disebabkan ia berkaitan dengan bahagian sulit.
Bagaimanapun, apabila ada antara rakan yang sudah menjalankan rawatan ataupun pembedahan untuk menanganinya barulah ada yang berani membuka mulut dan mengakui mereka juga turut mengalaminya.
Masalah ini sudah berlaku sejak dulu lagi, tetapi kini ia makin kerap diperkatakan disebabkan perubahan gaya hidup.

Menurut Perunding Pakar Bedah Laparoskopik dan Kolorektum, Pusat Perubatan Prince Court (PCMC), Datuk Dr Yunus Gul Alif Gul, masalah buasir yang berlaku di peringkat awal tidak menyebabkan rasa sakit.
FotoDR YUNUS menunjukkan antara alat digunakan untuk merawat buasir.

Namun, lebihan buasir yang terkeluar dari dubur akan dapat dirasai ketika individu berkenaan membersihkan dubur.

“Biasanya individu yang ada masalah buasir akan mengalami gejala pendarahan, tetapi ada juga yang tidak berhadapan dengan sebarang masalah.

“Sekiranya pendarahan dialami berlarutan, dapatkan rawatan awal bagi mengesan masalah sebenar untuk mengelakkan mudarat pada kemudian hari nanti,” katanya.


Apa itu buasir?

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada salur darah vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia meng­ganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah.

Buasir terjadi disebab­kan tekanan dalam darah di bahagian rektum terlalu tinggi, menyebabkan dinding vena meregang atau ‘memberi’ dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya ketika meneran apabila membuang air besar.

Kewujudan tisu buasir adalah satu komponen normal dalam anatomi badan manusia. Ia bertindak sebagai ‘kusyen’ yang kaya dengan saluran darah di dubur dan menjadi ‘pelapik termampat’ untuk membenarkan dubur tertutup de­ngan ketat.

Dr Yunus berkata, apabila seseorang mengalami sembelit dan cuba meneran najis yang keras di dalam kolon dengan kuat ketika membuang air besar, struktur terbabit akan membengkak.

Kemudian, ia menjadi kurang memberi dan akhirnya terjulur keluar daripada dubur bersama darah yang berwarna merah cerah yang menitis, tersembur atau meninggalkan kesan apabila dikesat dengan tisu tandas.

Walaupun pendarahan dan sembelit dilihat sebagai gejala utama buasir, namun pendarahan yang berlaku daripada dubur tidak semestinya disebabkan buasir, tetapi boleh menjadi petunjuk kepada pe­nyakit lain yang lebih serius seperti kanser kolorektal.

“Penting bagi individu berkenaan menjalani pemeriksaan di peringkat awal bagi menge­sahkan penyakit dialami dan menjalani rawatan sewajarnya.

“Tetapi biasanya pesakit lambat mendapatkan rawatan dan hanya datang berjumpa doktor selepas masalah mereka menjadi teruk,” kata­nya.

Menurutnya, antara penyebab lazim buasir ialah tidak cukup minum air dan pengambilan makanan yang kurang serat.

Selain itu, terlalu kerap mengangkat barangan berat juga menyebabkan individu berkenaan berisiko tinggi untuk mengalami buasir kerana tekanan dialami di bahagian dubur apabila melakukannya amat tinggi.

“Amalan duduk terlalu lama ketika membuang air besar juga tidak digalakkan dan kebiasaannya individu berkenaan berkemungkinan me­ngalami masalah buasir tahap tiga atau empat untuk jangka masa lama tanpa sebarang rawatan khusus.

“Jangan tahan atau bertang­guh-tangguh untuk buang air besar. Apabila ‘keinginan’ itu datang, segeralah menyahut ‘panggilan’ itu,” katanya.


Ada empat peringkat buasir yang perlu diberi perhatian:

  • Peringkat pertama membabitkan buasir yang mengalami pendarahan, tetapi ia tidak menonjol keluar.
  • Peringkat kedua berlaku apabila buasir menonjol keluar ketika buang air besar, tetapi masuk kembali dengan sendirinya.
  • Peringkat ketiga buasir keluar ketika atau selepas buang air besar dan hanya hilang (masuk kembali) apabila ditekan atau ditolak dari luar.
  • Peringkat keempat (kronik) apabila buasir sentiasa berada di luar hingga menyebabkan ketidakselesaan untuk melakukan aktiviti harian.

    “Untuk peringkat paling kronik mungkin pembedahan adalah pilihan terbaik, tetapi kini ada banyak cara boleh dilakukan untuk mengurangkan kesakitan ketika ‘menghilangkan’ buasir serta mempercepatkan penyembuhan.

    “Buasir mengambil masa yang lama untuk berkembang namun, gejalanya berbeza bergantung kepada peringkat ia berlaku,” katanya.


    Punca
  • Sembelit dan meneran berlebihan ketika buang air.
  • Pekerjaan yang membabitkan keadaan duduk atau berdiri dalam masa yang lama.
  • Obesiti, kehamilan dan proses melahirkan anak.

    Masalah ini juga berlaku disebabkan faktor gaya hidup atau tabiat pemakanan yang meningkatkan kecenderungan untuk mendapat buasir.

    Namun, ia boleh dicegah dan gejalanya dapat dikawal jika diurus pada peringkat awal. Walaupun sudah mendapat rawatan, individu berkenaan perlu mengubah gaya hidup untuk mengelakkan masalah berulang.


    Rawatan

    Antara proses rawatan yang boleh dilakukan ialah:
  • Untuk peringkat awal pemberian ubat melembutkan najis menjadi pilihan.
  • Lingkaran getah (rubber band ligation) bagi peringkat ketiga dan keempat - Bagi buasir yang tidak dapat disembuhkan dengan rawatan konservatif, rawatan standard boleh dijalankan iaitu mengikat de­ngan lingkaran getah (rubber band ligation).

    Satu atau dua lingkaran getah diikat di sekeliling pangkal buasir. Ini akan menyekat peredaran darah ke buasir berkenaan. Ikatan lingkaran getah ini hanya digunakan untuk buasir dalaman saja. Ia dilakukan tanpa menggunakan ubat bius dan tidak menimbulkan kesakitan.
  • Ligasi Arteri Hemoroid (Haemorrhoidal Artery Ligation) - Kaedah ini menggunakan alat yang dikenali sebagai ultrabunyi Doppler bagi mengikat atau jahit saluran darah untuk mengurangkan tekanan pada bahagian berkenaan. Alat ini akan dimasukkan ke dalam dubur dan prosesnya membabitkan bahagian dalam anus yang kurang sensitif.
  • Menggunakan laser - Jarum laser akan dimasukkan dalam buasir yang terkeluar dan proses ini menyebab­kannya mengecut. Buasir mengambil masa dua hingga empat minggu untuk kecut sepenuhnya.


    Panduan mengelak buasir.
  • Minum air sekurang-kurangnya 1.5 hingga dua liter sehari.
  • Kurangkan pengambilan daging merah kerana boleh menyebabkan sembelit.
  • Makan makanan seimbang dengan mengambil makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Kurangkan menikmati makanan segera. Jika makan di luar rumah pilih makanan yang mengandungi serat tinggi dan segar.
  • Elakkan memakan makanan yang boleh me­nyebabkan gangguan pada proses pembuangan air seperti makanan pedas atau berempah.
  • Apabila terdapat gejala tertentu seperti darah dalam najis, sakit atau gangguan pada dubur segeralah berjumpa doktor dan jangan tunggu hingga ia melarat. 
  •  
  • Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai SHAKLEE? Boleh p.m untuk maklumat lanjut. Jangan risau sy tak sombong pun tau =) 
  • Tuesday 3 September 2013

    BETAPA PENTINGNYA AIR!

    Salam 20 sen..eh..haha...Ramai yang dah tahu air tu penting tetapi ramai jugak tak ambil kisah pun. Yang tahu nak minum teh o beng, oren, laici dan sebagainya. Yang di maksudkan kat sini ialah air kosong. Ramai tahu pentingnya air, apa dia kepentingannya? Ok, ni fakta ok. AIR memang banyak kepentingan. Nak tahu? Sila godek godek kat bawah ni!


    1. Kekal bentuk badan yang cantik dengan air.

    Anda ingin menurunkan berat badan? Air boleh meningkatkan metabolisma badan anda dan membantu untuk anda berasa kenyang.
    Tukarkan air manis yang anda sering minum kepada air suam. Juga sebelum makan, minum sedikit air untuk memudahkan anda merasa lebih kenyang dengan cepat. Saya pasti anda juga pernah mengalami perkara yang sama apabila anda makan diselangi dengan air. Anda akan rasa cepat kenyang daripada biasa.
    Apabila anda minum air yang sejuk, badan anda akan cuba untuk meningkatkan suhu air tersebut dan ia membantu membakar kalori dalam proses tersebut.

    2. Air membantu meningkatkan tenaga anda.

    Apabila anda berasa letih dan haus, terus dapatkan air. Ini kerana badan anda mengalami dehidrasi dan ia menyebabkan anda merasa letih.
    Terutama sekali ketika anda melakukan senaman mahupun jogging. Tidak perlu tunggu untuk minum air. Segera dapatkan air sekiranya anda berasa haus. Sekiranya anda mempunyai cukup air, jantung anda tidak perlu bersusah payah untuk pam darah anda keseluruh badan.

    3. Air mampu mengurangkan stres.

    Seperti yang semua sedia maklum, 70% hingga 80% badan anda terdiri daripada air. Sama juga seperti otak. Apabila anda mengalami dehidrasi (kekurangan air), badan dan minda anda juga turut stres.
    Apabila anda berasa haus sahaja, itu memberikan signal yang anda mengalami dehidrasi.
    Untuk memastikan anda kurangkan stres, sediakan segelas air di atas meja dan cuba untuk minum dengan lebih kerap.


    4. Bentuk otot anda dengan air.

    Minum air membantu mengelakkan kekejangan otot dan melincirkan otot di dalam badan.
    Apabila anda minum air dengan cukup, anda mampu melakukan senaman dengan lebih lama dan lebih kuat tanpa perlu bersusah payah.

    5. Mencantikkan kulit anda.

    Jika anda perasan, terdapat sesetengah orang yang menjadikan minum air sebagai tabiat harian. Contoh terbaik adalah kaum Cina. Jika anda perasan setiap kali mereka ke sekolah, mereka pasti akan membawa satu botol air suam bersama mereka. Tidak kira masa. Dan apabila diperhatikan kulit muka mereka, kebanyakan mempunyai kulit muka yang licin dan bersih. Apabila anda dehidrasi, garisan-garisan halus dan juga kedutan akan menjadi lebih ketara. Dengan kerap meminum air, kulit akan dihidrasikan, menjadikan muka anda nampak lebih muda dan cantik. Ia juga dapat membersihkan kotoran dan melancarkan peredaran darah dan menjadikan kulit anda lebih bersinar dan bersih.

    6. Air melancarkan proses penghadaman.

    Selain serat, air juga penting untuk penghadaman. Air membantu melarutkan bahan buangan menjadikan ia mudah untuk dikeluarkan melalui saluran penghadaman.
    Apabila anda mengalami dehidrasi, badan anda akan menyerap semua air tersebut dan menyebabkan usus besar anda menjadi kering dan menjadi bertambah sukar untuk anda keluarkan sisa buangan badan.

    7. Air mengurangkan pembentukan batu karang.

    Kadar pembentukan batu karang semakin bertambah disebabkan ramai yang kurang minum air. Air membantu melarutkan garam dan mineral di dalam air kencing di mana garam mineral tersebut antara bahan yang membentuk kristal dan menyebabkan batu karang.
    Batu karang tidak terbentuk dalam keadaan air kencing yang tidak pekat dan cair. Jadi, kurangkan risiko anda dengan minum banyak air!

    Adakah anda minum air dengan cukup?!!!!
    Melalui saranan pakar pemakanan, anda harus minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari iaitu bersamaan dengan 8 gelas air. Dan air yang anda minum bukanlah air yang mengandungi gula, tetapi air suam ataupun air mineral. Sekiranya anda kuat bersenam, keperluan anda untuk minum air juga turut bertambah.

     Jadi, minumlah air banyak banyak untuk kesihatan dan kecantikan. Bagi customer nur, nur suggest dan wajib anda anda semua minum air banyak supaya vitamin SHAKLEE dapat diserap oleh badan dengan JAYANYA!!!

    Ada sebarang pertanyaan? Sms, Whatsapp, We chat ja kat 0197745434. Nur tak sombong pun. Friendly lagi ado..=)

    Monday 2 September 2013

    AWAK AWAK KENAPA SELALU SEMBELIT??EEEEUUU..LANCARKAN SEKARANG!!!

    Salam semua. Pernah tak kawan kawan sembelit? Ada yang tak tahu ke apa tu sembelit? Parah  parah! Haha. Dulu memang selalu la nur sembelit. SEKSA ok!! Pernah 7 hari langsung tak boleh membuang! Haha.. Tapi sejak amalkan makanan tambahan, LANCAR ja sampaila harini. Hidup pun tenang. Lagi lagi nak ibadah. Tak usah nak risau lagi dah. Ok meh nak cerita sikit FAKTA sembelit ni.
    Sembelit berlaku apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit. Setiap orang pernah mengalami sembelit dalam kehidupan mereka dan selalunya ia disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak baik.

    Tanda dan Gejala

    Biasanya gejala-gejala sembelit adalah seperti berikut. Walau bagaimanapun, setiap orang mungkin akan mengalami gelaja-gejala yang berlainan. Gejala-gejala tersebut:

    * Tidak membuang air besar beberapa hari, atau membuang najis yang keras dan kering.
    * Perut kembung, kejang atau sakit.
    * Kurang selera makan.
    * Gigi mengetap, kaki tersilang, punggung dikepit bersama, muka menjadi kemerahan apabila kanak-kanak cuba untuk menahan pembuangan najis untuk elakkan ketidakselesaan.
    * Sedikit cecair atau calitan najis lembut pada seluar dalam kanak-kanak.

    Sebab-Sebab

    Ketika makanan bergerak menerusi kolon, kolon akan menyerap air daripada makanan semasa ia membentuk bahan buangan atau najis. Pengecutan otot pada kolon kemudiannya akan menolak najis ke rektum (bahagian akhir pada usus besar). Setelah najis sampai ke rektum, ia telah menjadi keras kerana kebanyakan air telah diserap.

    Sembelit berlaku apabila kolon menyerap telalu banyak air atau jika otot kolon mengecut secara perlahan atau lembab menyebabkan najis bergerak ke arah kolon secara terlalu perlahan. Akibatnya, najis akan menjadi keras dan kering. Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:

    # Kurang serat dalam diet.
    # Kurang aktiviti fizikal terutamanya di kalangan warga tua.
    # Pengubatan.
    # Susu.
    # Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar atau Irritable bowel syndrome.
    # Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan.
    # Penyalahgunaan julap.
    # Menahan untuk membuang air besar.
    # Kekurangan air.
    # Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok.
    # Masalah dengan kolon dan rektum.
    # Masalah dengan fungsi usus. sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.

    Komplikasi

    Sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan buasir yang disebabkan oleh menahan untuk membuang air besar atau Anal Fissures (koyakan pada kulit di sekeliling anus). Ia berlaku disebabkan oleh najis yang keras meregangkan otot Sphincter. Kesannya, pendarahan rektum mungkin berlaku, di mana darah kelihatan di permukaan najis.

    Kadang kala, regangan menyebabkan rektum terkeluar (terjatuh) dan ini boleh menjurus kepada pengeluaran mukus dari dubur. Rektum yang terkeluar dengan teruk dan kronik memerlukan pembedahan untuk menguatkan dan mengetatkan otot spinchcter dubur atau untuk membaiki lapisan yang terkeluar.

    Sembelit juga boleh disebabkan oleh najis yang keras memenuhi ruang usus dan rektum secara amat ketat yang mana penolakan najis keluar secara normal tidak mampu membawa najis keluar. Ini merupakan Fecal Impaction yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Impak ini boleh dilembutkan dengan penggunaan minyak mineral yang diminum atau disuntik menerusi dubur. Selepas melembutkan impaksi, doktor mungkin akan memecahkan dan membuang bahagian najis yang keras dengan memasukkan jari.

    Rawatan

    Perkara utama dalam merawat sembelit ialah untuk memastikan kita memakan serat dan meminum air dengan cukup. Ini akan membantu najis bergerak menerusi usus dengan meningkatkan ketebalan najis dan menjadikannya lebih lembut.

    Berbincang dengan doktor keluarga anda sekiranya:

    # Sembelit masih baru dan jarang berlaku kepada anda.
    # Anda mengalami sembelit selama 3 minggu atau lebih.
    # Anda dalam kesakitan.
    # Anda mendapati najis anda berdarah.

    Pencegahan

    Dalam banyak kes, tips mudah berikut akan membantu:

    # Makan pelbagai jenis makanan. Makan banyak kekacang, bijirin penuh, buahan segar dan sayuran.
    # Minum banyak air.
    # Lakukan senaman secara berkala.
    # Jangan menahan untuk membuang air besar.
    # Ketahuilah yang tabiat membuang air besar yang normal adalah berbeza mengikut individu.
    # Sekiranya tabiat membuang air besar anda berubah, dapatkan pemeriksaan doktor anda.

    Kalau dulu 4,5 hari baru nak membuang, sekarang HARI HARI! Rasa sangat sihat. Alhamdulillah.




    Ni lah dia saluran saluran yang duk sebut kat atas tu...hehe. Gambar kartun ja k...I pun tak sanggup tengok yang asli...kuikuikui


    OK! Dah kalau terlalu busy sangat dengan kerja kan, tak sempat nak cari makanan serat, tak sempat nak bersenam secara konsisten, kan ada vitamin SHAKLEE??? ni produk shaklee yang membantu penghadaman. Boleh cuba  pasti anda terpikat! Bukan saja hadam  tau, untuk kulit anda,jantung pun sihat!
    ALFALFA http://nurifahealthy.blogspot.com/2013/07/hari-ini-nak-story-sikit-bab-alfalfa.html
    OSTEMATRIX  http://nurifahealthy.blogspot.com/2013/07/kepentingan-kalsium-dalam-ostematrix.html
    HERBLAX - Memudahkan pergerakan usus dan menghindari sembelit, memudahkan fungsi usus, menghilangkan jeragat, mengurangkan bau badan. Tapi sekarang ni stok HERBLAX memang tak ada 1 malaysia, Boleh ganti dengan ALFALFA ya =)
    PEPPERMINT GINGER PLUS - memberikan kesan lega pada perut, menolong dalam proses penghadaman, melegakan sakit perut.

    Dah tu apa lagi yang ditunggu. Mari amalkan gaya hidup yang sihat bersama SHAKLEE! Serve you better with natural and green. =)
    Boleh COD area Sungai Petani/Merbok
    Boleh p.m direct 0197745434
    Boleh wechat,whatsapp yang lagi menjimatkan.Number yang sama ok =)
    Selamat Sihat semua! INSYAALLAH



    MELUAT DENGAN RESDUNG!

    Salam. Rasa rasanya hampir semua orang dalam MALAYSIA  ni ada resdung. Bezanya sikit atau banyak ja..Mai kot mana resdung ni? Sampaikan kena pantang makan seafood. Oh tidak...nikmat tu makan seafood =)..Penah tak dengar mencegah lebih baik daripada merawat. Dalam erti kata lain kita elakkan dari terkena resdung yang lebih teruk lagi.

    Apa itu resdung??

    Resdung(sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.

    Punca resdung??Alahan. Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu. Apabila
    anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan. Jika udara tu tak dapat keluar dari hidung kita, ia akan terkumpul la kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Sesiapa yang pernah alami resdung tahap kritikal ni mesti tau kan betapa sakitnya!

    Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak. Sebab tu kena cegah betul betul. Jangan biar kita sebagai manusia hilang nikmat penglihatan. Kena betul jaga penglihatan kita. Kan sebelum ni nur ada cakap pasal penjagaan mata. =) lupa? Ni link penjagaan mata http://nurifahealthy.blogspot.com/2013/09/mata-anugerah-terindah.html

    Petua mencegah resdung dari terus merebak

    1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab.
    2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang. Untuk hasil yang lebih baik, cuci sarung bantal, cadar dan selimut tadi dengan air panas. Tujuannya untuk membunuh serangga dan pepijat.
    3.Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi.
    4. Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung. Bukan pakai ketika musim jerebu jer.
    5. Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.
    6. Selalulah lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam.Lebih baik kalau anda sampai jer ke rumah, terus basuh muka. Maklumlah, kat luar tu kan banyak habuk dll.
    7. Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu.
    Tapi kan kawan kawan, takkan nak telan je air liur kalau ahli keluarga atau kawan kawan makan makanan laut depan kita?? AISHHHH... rugi tau..sedappppppp. Nur memang tak ada pantang makanan laut ni. Pantang tengok ja. Sebab memang tak ada masalah resdung teruk. Bersin pagi pagi tu ada la sikit sikit. Boleh handle lagi =)
    Nak tau set RESDUNG SHAKLEE? Lepas ambil set resdung ni, InsyaALLAH boleh join makan makanan laut sama sama dengan penggemar SEAFOOD OK!!


    Sunday 1 September 2013

    MATA ANUGERAH TERINDAH!

    Salam. Harini nak cerita bab mata. Percaya atau tidak saya masih tidak memakai kaca mata? Percaya kan? Sebab ramai juga orang kat luar sana yang masih 'clear' mata mereka tu. Hehe.. Senang buat kerja bila mata ni tak da masalah rabun. Nak tips?? Tips dari nur senang ja. Dah amalkan dari kecil kecil lagi. Ayah yang bagi petua ni. Masa nak basuh muka bangun pagi tu, buka mata luas luas bagi air masuk dalam mata. YES!!!! Sangat pedih tapi hasilnya???? Mata nur memang tak ada masalah. Pernah buat pemeriksaan mata, Specialist tu cakap nur boleh masuk tentera!! Hahaha..
    Boleh jadi penembak tepat katanya..Fuhhh =)
    Tapi tu nur amalkan dari umur 5 tahun lagi.
    Nak mata macam ni? Diet pemakanan pun kena jaga tau. Mata sihat,kepala pun jarang sakit! Zaman sekarang ni teknologi makin canggih la. Maccam macam jenis gadget. Kanak kanak pun sampaikan dah ada gadget sendiri. Yang lahir tahun 80 an dulu kecil kecil mana ada gadget gadget ni. Yang ada pun game yang macam kaset tu. Apa tah namanya.Sebab tak minat main pun. Hehehe
    Ada satu sumber ni, nak jaga mata baca 4 Qul....Tau apa tu 4 Qul?? AIshhh.. Kalau tak tau malu je ehhhh.
    Surah AN NAS, Surah AL FALAQ, Surah AL-IKHLAS dan Surah AL KAFIRUN.
    Amalkan setiap hari. InsyaALLAH mata anda akan sentiasa sihat dan segar.
    Lagi satu, cara pemakanan kena jaga untuk mata kita sentiasa sihat. Amalkan makanan yang mengandungi vitamin A seperti yang terdapat dalam lobak merah. Minum la selalu jus carrot tu. Kan sedap. Kalau yang tak suka minum minum ni, boleh dapatkan khasiat vitamin A dari produk SHAKLEE iaitu......CAROTOMAX....... InsyaALLAH!!! dengan izinNYA asalkan dengan usaha kita. Yang rabun teruk tu boleh cuba CAROTOMAX. Nak tahu detail sila p.m ya =)
    Makan buah betik pun bagus tau untuk penjagaan mata. Boleh jugak lancarkan penghadaman yang ada masalah nk membuang tu. Hehe
    OK..ni dia rupa carotomax




    vitamin A seperti karot yang mempunyai kandungan “beta-carotene” yang dapat menerangkan mata daripada menjadi kabur. Minumlah selalu jus karot dan ditambah sedikit susu, baik untuk penjagaan mata. - See more at: http://fuh.my/petua-penjagaan-mata-untuk-sentiasa-terang/#sthash.D0tS21Qt.dpuf
    Jadi untuk sesiapa yang ada rabun teruk tu, boleh amalkan apa yang dikongsikan di atas. ADA BUDGET? Mai cuba CAROTOMAX!!
    Just p.m nur 0197745434
    COD area Sungai Petani/Merbok