Thursday 18 July 2013

FAKTA SENGGUGUT YANG PERLU ANDA TAHU!!!!





Kenapa anda senggugut???Faktor lain seperti diet dan suasana persekitaran juga memainkan peranan. Diet yang berlemak, rendah protein dan rendah serat boleh meninggikan risiko untuk kamu mengalami senggugut. Pengambilan gula yang banyak dan alkohol serta kopi semasa kamu period boleh mengakibatkan dismenorea. Wanita yang merokok lebih berisiko untuk mengalami dismenorea berbanding yang tidak merokok. Rehat yang tidak mencukupi dan tekanan yang tinggi di tempat kerja dan sekolah boleh mengganggu keseimbangan bahan kimia di dalam badan kamu seterusnya mengakibatkan dismenorea.

Dismenorea Primer
Primary dysmenorrhoea ialah sengugut yang sering berlaku pada wanita berusia diantara 20-24 tahun. Ia selalunya hilang 1-2 tahun kemudian selepas imbangan hormon menjadi normal. 

Senggugut primer atau 'primary dysmenorrhea' , disebabkan oleh penghasilan hormon 'prostaglandin' oleh badan. Kesakitan senggugut biasa ini dirasai akibat berlakunya pengecutan rahim yang luar biasa kuatnya. Senggugut primer kebiasaannya berlaku kepada wanita remaja yang belum berkahwin. Ia menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid. Ini menunjukkan anda adalah subur. Senggugut primer boleh dirawat dengan 'ibuprofen' yang membantu menghalang penghasilan 'prostaglandin'. Dalam beberapa kes tertentu,ubat-ubatan yang mengandungi hormon boleh membantu. Senaman, nutrisi yang baik serta pengurangan tekanan juga merupakan beberapa amalan penting yang tidak harus dipandang ringan. 'Prostaglandin' yang terhasil didalam uterus menyebabkan otot-otot rahim mengecut dan membantu uterus menyingkirkan darah kotor yang terbentuk hasil daripada proses pengecutan sepanjang berlakunya haid. Terapi yang sesuai untuk mengurangkan senggugut jenis ini termasuklah memperbanyakkan rehat, pemilihan nutrien yang baik, melakukan senaman aerobik serta pengambilan kalsium yang secukupnya iaitu kira-kira 1000mg sehari. Turut membantu adalah dengan kira-kira 50mg dan 100mg vitamin B6 setiap hari. Manakala ubat-ubatan yang diambil itu mestilah bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran 'prostaglandin' dan perubahan hormon.
Kebanyakan gadis telah mengalami senggugut bermula period pertama mereka atau sejurus selepas itu. Gadis yang mendapat period pada umur 12 atau lebih awal dan mereka yang mempunyai period lebih lama lebih berkemungkinan untuk mengalami dismenorea primer. Dismenorea jenis ini tidak disebabkan oleh penyakit lain seperti ketumbuhan abnormal ataupun jangkitan. Doktor mungkin tidak akan menjumpai apa-apa yang luar biasa pada tubuh semasa pemeriksaan. Sebab-sebab untuk dismenorea primer termasuklah:

  • Ketidakseimbangan Bahan Kimia - oleh kerana keseimbangan merupakan perkara utama dalam mengekalkan kesihatan, keseimbangan sesetengah bahan kimia di dalam tubuh kamu boleh menyebabkan dismenorea. Bahan kimia yang menyebabkan kamu senggugut adalah prostaglandin. Prostaglandin merupakan kimia yang membuatkan kita merasai kesakitan apabila ia berinteraksi dengan penghujung saraf kesakitan dalam tubuh kita. Wanita yang mengalami dismenorea menghasilkan lebih banyak prostaglandin di dalam  uterus mereka. Ini menyebabkan otot di dalam uterus mereka bergerak lebih kuat dan lebih kerap pada hari pertama period. Semakin kuat pergerakan otot uterus semakin kurang darah mengalir ke kawasan itu. Kekurangan aliran darah ini menyebabkan hujung saraf di dalam uterus semakin sensitif pada kesakitan.
  • Genetik - Ada juga berkata gen memainkan peranan penting berlakunya senggugut. Sekiranya anda mengalami senggugut, kakak, makcik atau ibu anda mungkin turut sama mengalaminya. Sesetengah wanita mungkin mempunyai gen yang menyebabkan mereka terdedah kepada dismenorea.  Beberapa kajian menunjukkan gen merupakan faktor utama. Gen membuatkan seseorang mengalami tahap dismonerea yang berlainan.

Sekiranya anda mengalami dismenorea sejak pertama kali kamu period, besar kemungkinan ianya adalah dismenorea primer. Anda tidak perlu berjumpa doktor. Dismenorea primer boleh mengakibatkan:

  • Kesakitan telah mula dirasai sejak pertama kali kamu period atau 6 hingga 12 bulan selepas itu.
  • Kesakitan mula dirasai beberapa jam sebelum atau sejurus selepas permulaan period
  • Dua hari pertama haid adalah paling sakit
  • Kesakitan mungkin akan hilang 2 atau 3 hari selepas permulaan period 
  • Kesakitan mungkin dirasai di bahagian belakang badan, peha dan kaki.                   

Jika kesakitan bermula beberapa hari sebelum permulaan period dan berpanjangan selama 3 hari, dan dengan dimenorea kamu juga menyedari beberapa benjolan di belakang abdomen, kerap muntah, dengan perubahan dalam aliran haid, eloklah berjumpa doktor. Sekiranya anda aktif dalam aktiviti seks dan mengalami kesakitan semasa melakukannya, anda harus mendapatkan pemeriksaan doktor.

Dismenorea Sekunder
Secondary dysmenorrhea adalah keadaan dimana sakit senggugut disebabkan oleh masalah pada organ reproduksi.

Senggugut sekunder berkait rapat dengan penyakit organik. Antaranya ialah penyakit dari uterus, saluran fallopio atau ovari. Senggugut jenis ini disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan di dalam perut. Ataupun, jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan darah haid. Dismenorea Sekunder juga senggugut yang bermula sekitar dua tahun atau lebih selepas period pertama. Sesetengah wanita yang mengalami dismenorea jenis ini dapat diubati dengan pil penahan sakit. Dismenorea jenis ini memerlukan rawatan lanjutan oleh doktor.Antara punca-punca berlakunya senggugut kedua ini adalah tumor serta tumbesaran yang tidak normal. Selain itu, contoh penyakit lain yang tergolong di dalam senggugut jenis sekunder ini ialah kanser rahim dan jangkitan pada bahagian pelvik.
 Contoh  contoh masalah organ Reproduksi adalah :

Endometriosis
 : Satu keadaan di mana tisu-tisu endometrial ditemui di lain-lain bahagian badan seperti ovari dan tiub fallopio. Wanita yang menghidap endometriosis kadang-kadang mengalami dismenorea yang amat teruk. Ia boleh berlaku setiap kali mereka period. Endometriosis terjadi apabila sebilangan kecil tisu yang menyerupai uterus tumbuh dalam struktur lain pada tubuh. Ia merupakan sel yang serupa dengan yang terdapat dalam dinding rahim dijumpai pada bahagian organ reproduksi yang lain seperti ovari dan usus dan Adenomyosis iaitu tisu yang sama tumbuh didalam otot rahim. Sakit disebabkan kedua masalah ini selalunya bermula 1-2 hari apabila pendarahan bermula dan berterusan selepas haid.

Fibroid : 
Tumor atau ketumbuhan yang terbentuk sama ada di luar, dalam atau pada dinding uterus. Ketumbuhan pada ruang pelvis termasuklah seperti ovarian cyst atau masalah polip yang boleh menyebabkan sengugut.

Pelvik : 
Jangkitan pada uterus, tiub fallopio atau ovari. Jangkitan kuman pada organ reproduksi boleh memberikan sakit sengugut terutama yang tersebar melalui hubungan seks.

'Intauterine Device' atau 'IUD' : 
Sejenis alat yang diletakkan di dalam uterus bertujuan untuk mencegah kehamilan. Manakala rawatan untuk senggugut jenis sekunder ini adalah bergantung kepada puncanya. Kemungkinan juga, rawatan pembedahan akan turut dilakukan sekiranya perlu. IUD atau alat pencegah kehamilan dalam rahim menyebabkan otot rahim kejang terutama selepas 2-3 bulan pertama pemakaiannya. Sekiranya sakit semakin teruk, anda disarankan untuk mengeluarkannya dan menukar kepada alat pencegahan yang lain.

Masalah kecacatan pada rahim juga menjurus kepada sengugut. Wanita kadang-kadang wanita dilahirkan dengan rahim yang tidak normal seperti pangkal rahim yang sempit yang menghalang aliran darah semasa haid.

Senggugut juga boleh berlaku selepas prosedur radiasi, pembedahan pada serviks seperti cautery, biopsi pada dinding rahim. Selain daripada itu, penyakit usus seperti apendisitis dan juga kehamilan ektopia atau kehamilan di dalam tiub fallopio juga antara punca senggugut jenis ini.

Adakah saya akan mengalami senggugut selama-lamanya?
Adalah lebih elok sekiranya anda tahu yang anda mengalami dismenorea primer atau sekunder. Dismenorea primer terjadi kepada wanita yang ovarinya hanya mengeluarkan sebiji telur setiap bulan. Golongan wanita ini mempunyai kitaran haid yang normal dan akan period setiap bulan. Sesetengah perempuan akan berhenti mengalami dismenorea primer apabila mereka semakin dewasa dan mempunyai anak. Apabila anda semakin tua dan tubuh anda berhenti mengeluarkan hormon yang cukup seperti estrogen dan progestrone, anda tidak akan mengalami period lagi. Ketika ini, dismenorea primer juga akan hilang. Maknanya anda tidak akan menderita selama-lamanya!

Bolehkah dismenorea dicegah?
Bagi dismenorea primer, doktor akan memberi rawatan seperti pil perancang dan pil penahan sakit. Anda boleh mengurangkan kesakitan atau kekerapannya dengan hidup secara sihat. Beberapa langkah untuk panduan anda:

1.Perbaiki diet : Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli.
2.Kurangkan garam.
3.Variasikan pilihan minuman: Banyakkan minum jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh, kopi dan minuman beralkohol beberapa hari sebelum period kamu.
4.Ambil Vitamin Tambahan. Ambil Vitamin B dan E. Anda juga boleh menambah magnesium dan kalsium dalam diet anda. Beritahu doktor anda sebelum mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan anda yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan.
5.Bagaimana dengan lemak yang berkualiti? Ya! Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan dismenorea.
6.Kekal aktif. Anda boleh meneruskan aktiviti harian dan kekal cergas semasa anda didatangi period. Joging dan berjalan bersiar-siar juga membantu. Anda boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk bersenam. Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan dismenorea.
7.Berhenti merokok
8.Tenangkan fikiran. Belajar untuk meditasi. Anda juga boleh mendengar lagu atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem kelakar. Bergelak ketawa juga dapat menenangkan urat saraf.
9.Lakukan sesuatu! Jangan tunggu sampai sakit itu semakin teruk. Ambil pil penahan sakit untuk mengurangkan kesakitan. Kebanyakan pil penahan sakit boleh didapati di kebanyakan kedai dan sangat berkesan. Pastikan makan sesuatu sebelum mengambil pil penahan sakit. Jangan pendam kesakitan ketika diserang dismenorea.
10.Tuam perut. Dapatkan tuala dan rendam di dalam air suam. Perah tuala dan letakkan tuala di atas bahagian yang sakit. Lakukan sehingga kesakitan reda.
11.Tarik nafas dalam-dalam. Baring dan tenangkan diri. Jika anda pening, padam lampu di dalam bilik dan jauhi bunyi bising. Kesakitan akan berkurang selepas anda mengambil pil penahan sakit. Sekiranya sakit anda tidak dapat dikurangkan dengan mengambil ubat penahan sakit, jumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan. Pemeriksaan faraj dan ujian ultrasounds akan dilakukan untuk mengetahui sebab kenapa senggugut terjadi. Jika di curigai yang anda mungkin mengalami masalah pada system reproduksi , laparoskopi mungkin akan disarankan.

Sekiranya tiada sebab yang jelas, anda cuma mengalami primary dysmenorrhoea dan pemakanan ubat seperti pil hormon mungkin dapat membantu. Sekiranya senggugut didapati disebabkan oleh penyakit seperti endometriosis, jangkitan kuman atau fibroids, rawatan yang lebih spesifik terhadap masalah tersebut akan diberikan.

sumber : rahsia wanita dan majalah rapi

Nur sendiri pun mengalami senggugut. Nur dapat kenalpasti jenis senggugut yang mana nur alami. Ya, dismenorea primer! sebab dari awal lagi memang dah sakit. Jadi nur cuba mengambil GLA. Alhamdulillah dengan GLA senggugut nur dah kurang! boleh rujuk link bawah ni sebab nur penah cerita dulu kan. InsyaALLAH semua ni berlaku dengan izinNYA =) Jom ikhtiar!
http://nurifahealthy.blogspot.com/2013/07/hilang-senggugut-dengan-gla.html
http://nurifahealthy.blogspot.com/2013/07/anda-ada-masalah-cyst-tahukah-anda-cyst.html

Jangan lupa contact nur ya untuk harga yang pasti berbaloi. Bulan ni promosi GLA tau!!!!

Nur Zharifah Binti Che Adenan
ID 929371
Phone 0197745434
COD Merbok/Sungai Petani/Yan


No comments:

Post a Comment