Wednesday 17 July 2013

MIGRAIN JANGAN DATANG!!!!

Migraine berasal daripada perkataan Greek 'hemikrania' yang bermaksud sebelah tengkorak atau dikenali juga sebagai vascular headache. Migraine diklasifikasikan kepada dua jenis : Classic Migraine dan Common Migraine.

Classic Migraine

Menurut kajian, hampir 10 hingga 15% pesakit mengalami Classic Migrain. 10 hingga 30 minit sebelum berlaku, tanda-tanda awal yang juga dikenali sebagai aura ataupun prodrome akan berlaku dalam masa 5 hingga 15 minit. Antara tanda-tanda yang sering berlaku ialah terlihat cahaya terang(bright spots), garisan zigzag (zigzag lines), penglihatan berganda (double vision), buta sementara (temporary blindness), kebas (numbness), kepala terasa berpusing (dizziness), pening (drowsiness), sukar bercakap (slurred speech) dan keliru (confusion). Setelah tanda-tanda ini hilang, barulah migraine menyerang.

Aura terjadi kerana tisu saluran darah yang menghantar darah ke otak mengecil seketika menyebabkan penghantaran darah terhad. Sekaligus menyebabkan gangguan pada saraf rasa dan pengawalan motor. Pengaliran darah akan bertambah hanya selepas beberapa jam aura terjadi dan sakit kepala bermula.

Common Migraine

Common Migraine lebih kerap berlaku dan ia terus berlaku tanpa tanda-tanda awal.

Migraine berlaku apabila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat dan ia sering dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi). Punca utama berlakunya migraine ialah:

1) Pemakanan

Pengambilan makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG), cheese, nitrate, coklat, kekacang, alcohol, dan aspartame boleh menyebabkan kamu diserang migraine kerana ada diantara makanan itu mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan salur darah. Diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah, tidak makan atau lambat makan mengikut jadual, serta kerap minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, Nescafe, coke atau pepsi juga boleh menyebabkan migraine kerana bahan ini juga boleh menyebabkan saluran darah mengembang.

2) Hormone

Bagi perempuan, turun naik hormone estrogen sebelum, semasa, dan selepas haid akan menyebabkan sering diserang sakit kepala.

3) Cara hidup

Berlakunya pertukaran waktu jaga dan waktu tidur, terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migraine. Bagi pelajar yang gemar belajar last minit dan mengabaikan makan dan tidur, akan menyebabkan mudah diserang migraine. Pengambilan ubat-ubatan, keturunan, perubahan cuaca, bunyi bising, menonton tv atau memandang skrin computer terlalu lama, stress, tekanan emosi dan merokok juga merupakan punca-punca diserang migraine.

Cara mengurangkan kesakitan migraine :

Mengawal pemakanan harian, kurangkan stress dengan bersenam, amalkan cara hidup teratur, berbaring di tempat gelap dan sunyi sewaktu tanda-tanda awal migraine. Mulakan mandian dari bawah keatas (kaki, badan, kepala), dengan cara ini mungkin boleh membantu kita mengelakkan diri diserang migraine.

Jangan biarkan sakit kepala berlarutan kerana mungkin akan menyebabkan migraine. Kalau kita mencapai tahap kritikal migraine, boleh menyebabkan muntah, pening, cirit-birit serta sensitive kepada bunyi dan cahaya.

Punca kekurangan MAGNESIUM juga mudah seseorang itu mendapat serangan migrain.

Berikut adalah beberapa gejala yang berkaitan dengan kekurangan magnesium:

1. Kelelahan & Badan Terasa Lemah
Magnesium memiliki peran penting dalam proses pembentukan energi dalam setiap sel dan tingkat energi secara keseluruhan.
Pembentukan energi akan terhambat jika jumlah magnesium tidak memadai sehingga menyebabkan kelelahan dan kelemahan.

2. Gelisah & Insomnia
Kekurangan mineral ini dapat menyebabkan insomnia, kejang otot, kram, ketegangan dan rasa tidak nyaman pada tubuh.
Sistem saraf dapat berfungsi baik jika level magnesium mencukupi. Kekurangan mineral ini akan menyebabkan sel-sel saraf tidak dapat memberikan atau menerima impuls secara optimal.
Kekurangan magnesium juga akan menyababkan seseorang menjadi gugup dan lekas gelisah.

3 PMS & Osteoporosis
Gejala PMS dapat diredakan dengan magnesium. Keluhan PMS umumnya terjadi karena kekurangan magnesium dan kelebihan kalsium.
Magnesium juga sangat penting untuk mengatur kepadatan tulang sehingga menurunkan risiko osteoporosis.

4. Gangguan Jantung
Kekurangan magnesium dapat menyebabkan serangan jantung.
Gejala awal terjadinya gangguan pada jantung meliputi perubahan irama detak jantung, nyeri angina, dan pingsan akibat kelelahan setelah melakukan aktivitas fisik berat atau olahraga.
Kekurangan magnesium dapat menyebabkan otot jantung menjadi kejang atau kram dan tidak dapat melakukan kontraksi secara optimal.

5. Sakit kepala, Diabates, & Tekanan Darah Tinggi
Asma, sakit kepala, MIGRAIN, kejang, depresi, fibromyalgia, kegelisahan, ADD, artritis dan batu ginjal menjadi lebih buruk ketika jumlah magnesium dalam tubuh tidak memadai.

Jadi, pengambilan OSTEMATRIX juga dapat membantu menghilangkan gejala migrain yang selalu di alami. Pengambilan Ostematrix dapat meringankan stress kerana ia mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, implus saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur dengan selesa, memperbaiki jantung berdebar, mimpi buruk dan stress.
Selain dari kebaikan Ostematrix di atas, kawan kawan boleh rujuk link di bawah ni untuk mengetahui kebaikan Ostematrix yang lain. Semoga ini dapat membantu kawan kawan yang selalu mengalami migrain =)
http://nurifahealthy.blogspot.com/2013/07/kepentingan-kalsium-dalam-ostematrix.html


 Banyak kan khasiat Oste? Jangan fikir dua kali untuk kesihatan kita! Ambillah pemakanan tambahan yang natural. SHAKLEE ada jawapannya =)
Nur Zharifah Binti Che Adenan
ID 929371
019 7745434
COD:Merbok, Sg Petani, Yan
Email: nuriadenan@gmail.com
Facebook: Womanlove Collections



No comments:

Post a Comment